Sunday 6 November 2016

Bencana Bala atau Ujian?

Bencana ialah sesuatu peristiwa yang melanda kehidupan manusia berupa musibah yang memusnahkan harta benda dan boleh meragut nyawa manusia sekitarnya. Bencana juga boleh dikira sebagai ujian atau bala terhadap setiap manusia. Hal ini kerana, setiap yang diturunkan Allah bukanlah suatu yang sia-sia bahkan sebagai amaran atau peringatan kepada hambanya.

Dalam surah Al-Anfal ayat 25 bermaksud "takutilah fitnah (azab bencana) yang tidak khusus, hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu...". 

Salafussoleh berkata "azab Allah akan menimpa kepada yang zalim sahaja". Persoalannya, siapakah si zalim tersebut?

Si zalim ialah semestinya orang yang tidak membuat suruhan Allah serta melanggarnya dengan sengaja. selain itu, si zalim ialah orang yang melakukan makruf serta tidak menasihati orang lain. Sebagai contoh, merokok. 

Hukum merokok mengikut fatwa kebangsaan adalah haram walau apapun keadaannya. Ada pula yang menyatakan akan memudharatkan sekiranya berhenti. Ayuh ana mahu mengajak kalian berfikir, jika mati sebab berhenti melakukan perkara haram, maka mati tersebut ialah mati syahid kerana berhenti daripada melakukan perkara yang haram.

Maksudnya kita perlu menasihati kawan kita dari melakukan maksiat padahal kita nampak kehancuran di depannya. Masyarakat hari ini takut untuk menegur kerana khawatir hubungan dengan sahabat baik akan renggang atau retak sekiranya kita menasihatinya. Bukankah menasihati itu tanda sayang? Sudah pasti kita mahu yang terbaik untuk kawan kita. Ada pepatah mengatakan " berkata benarwalaupun pahit". Hal ini membuktikan, berkata benar lebih awla daripada menjaga perasaan kawan dengan menipu.

Sebagai contoh, kawan ana suka menasihat secara depan dan bukan dikhalayak ramai. Hal ini kerana, nasihat merupakan hak manusia kepada manusia lain. Walaupun mengguris hati, tidak dicatat sebagai dosa. Beruntung sekiranya memiliki kawan sebegini yang sentiasa menasihat untuk kebaikan kita.

Kesimpulannya, bencana tidak diturunkan semata-mata untuk orang kafir sahaja bahkan untuk orang Islam sebagai bala atau ujian di atas kesilapannya yang tidak melakukan amar makruf nahi mungkar kepada manusia lain.